Pengenalan
Perusahaan dalam bidang jahitan sangat popular di serata negara. Negara kita Malaysia adalah salah sebuah negara yang mempelopori bidang ini. Industri jahitan dan kraftangan membuatkan perusahaan ini sangat pesat berkembang terutama di Bandaraya Kuala Terengganu.
Falah Daiman Enterprise merupakan sebuah perusahaan yang menyediakan perkhidmatan menjahit dan membuat pakaian. Dengan dimiliki 100% Bumiputera, syarikat ini berkeyakinan untuk menjadi usahawan yang cemerlang, dinamik, berkeupayaan dan berpotensi dalam bidang membuat dan menjahit pakaian serta dapat mengharungi cabaran masa depan demi untuk Tuhan dan manusia dalam usaha mencapai Wawasan Negara.
Pusat menjahit pakaian ini pasti sentiasa memenuhi kehendak pelanggannya kerana tersedia pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan yang berpatutan. Dengan berbekalkan pengalaman dan keupayaan yang sedia ada, perusahaan ini berkeyakinan akan dapat menjadi sebuah syarikat yang berjaya dan seterusnya dapat memenuhi hasrat kerajaan bagi mewujudkan Kontraktor Bumiputera yang berdaya maju dan berdaya saing. Matlamat akhir adalah untuk menaikkkan taraf syarikat sebagai kontraktor penyedia perkhidmatan yang berwibawa.
